Radikal Kangxi

Berikut ialah senarai kesemua 214 radikal Kangxi, yang mula-mulanya digunakan dalam Zihui tahun 1615 dan diterima oleh Kamus Kangxi tahun 1716, menurut susunan bilangan lejang bersama contoh-contoh aksara yang mengandunginya. Sila baca rencana "tulisan Cina" dan "radikal aksara Cina" untuk maklumat langjut bagi penggunaan radikal ini dalam bahasa Cina.Bentuk-bentuk kelainan sesuatu radikal turut disertakan (cth. 47. 巛川) atau disenaraikan dalam dua baris jika kelihatan amat berbeza (cth. 64. 手 dan 64'. 扌). bentuk-bentuk tulisan ringkas turut diberikan selepas tanda condong. (cth. 187. 馬/马).Senarai ini begitu selaras sehingga kadang-kadang radikal ini dirujuk melalui nombornya sendiri. Contohnya, rujukan kepada radikal 189 tanpa apa-apa kontek tambahan, memaksudkan 高.Radikal Kangxi dikodkan dalam julat Unikod U+2F00–2FDF. Radikal-radikal tambahan boleh didapati dalam lingkungan CJK Radicals Supplement (2E80–2EFF).